“Mereka Pertaruhkan Nyawa..” – Netizen Bengang Pelajar Terpaksa Lalu Jambatan Gantung Walaupun Dah 2022

Berita

“Mereka Pertaruhkan Nyawa..” – Netizen Bengang Pelajar Terpaksa Lalu Jambatan Gantung Walaupun Dah 2022

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular gambar pelajar Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar terpaksa melalui jambatan gantung yang sudah usang dan tidak dibaiki pada hari pertama persekolahan, Isnin lalu.

Beberapa gambar tersebut tular selepas akaun rasmi Twitter BERNAMA memuat naiknya dan kebanyakkan netizen terkedu dengan apa yang mereka saksikan.

Advertisement

Oleh kerana itu, ramai warganet yang bengang melihatnya kerana saat dunia sudah pun memasuki tahun 2022, masih ada lagi murid yang terpaksa merisikokan nyawa mereka untuk ke sekolah.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata meluahkan rasa marah dan ada juga yang membandingkan kos jambatan dengan nilai penyelenggaran bangunan golongan VIP.

komen twitterSumber : Twitter 

Sedar akan isu yang sedang diperkatakan ramai, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tampil memberi respon berkenaan hal tersebut.

Menerusi kenyataan yang dibuat di Facebook, KPLB memandang serius berkenaan isu jambatan gantung di Kampung Nelayan, Sandakan, Sabah yang membahayakan nyawa pelajar ulang-alik ke Sekolah Kebangsaan Sibuya Besar.

KPLB komited memastikan projek ini dilaksanakan dengan segera. Langkah awal pelaksanaan dijangka bermula minggu ketiga Januari.

Sekadar info, pada November 2020, tiga pelajar telah tercedera selepas jatuh ketika menyusuri jambatan gantung yang sudah usang bagi mendapat rangkaian internet untuk mengikuti kelas secara dalam talian di Kampung Gusi, Ranau.

3 years ago

Mayat Dua Beradik Jatuh Jambatan Gantung Ditemui

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...