Nama selebriti Dafi, 33, sudah tidak asing lagi dalam industri tanah air ini, apatah lagi sudah hampir 13 tahun melibatkan diri di dalam kerjaya seni Malaysia.
Walau bagaimanapun, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri mengakui pencapaian sepanjang dia bergelar anak seni belum memuaskan lagi serta memberitahu masih banyak yang perlu diperbaiki dan sedia untuk terokai untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.
Meskipun pencapaian hanya biasa-biasa, namun alhamdulillah syukur saya dapat bertahan hingga sekarang. Bukan mudah sebenarnya kerana kehadiran bakat baharu makin ramai dan bersilih ganti.
View this post on Instagram
Apabila ditanya oleh pihak Harian Metro tentang populariti, pelakon dan juga penyanyi itu berkata ia bukanlah satu keutamaan untuk dirinya sekarang ini kerana sudah pernah merasainya dahulu.
Sekadar informasi, sebelum ini Dafi dilihat lebih aktif membintangi drama dan juga teater berbandingan menyanyi dan antara drama yang pernah menaikkan namanya ialah Dia Semanis Honey serta Klik! Pengantin Musim Salju.