Bakal Muncul Dengan Lagu Terbaru, Dafi Terpaksa Tangguh Kerana..

Hiburan

Bakal Muncul Dengan Lagu Terbaru, Dafi Terpaksa Tangguh Kerana..

Sudah agak lama menyepi dari dunia nyanyian, penyanyi Dafi khabarnya bakal muncul dengan lagu terbaru bagi mengubati kerinduan peminat.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata agak sudah lama dia tidak muncul dengan produk baru dalam industri hiburan tempatan.

Dia yang ditemui media baru-baru ini berkata kini dia bersemangat untuk tampil dengan hasil seni dengan sentuhan yang baru dan segar.

 

Meskipun begitu, hasrat untuk melancarkan lagu tersebut terbantut seketika disebabkan oleh pandemik yang melanda negara pada ketika ini.

Advertisement

“Memandangkan kita masih berhadapan dengan pandemik dan kadang-kadang ada perkara yang terhad, jadi saya tangguh dulu hasrat ini buat sementara. Apa yang boleh saya katakan, Insya-Allah lagu tersebut akan menemui peminat dalam tahun ini.”

Terdahulu, Dafi merupakan seorang daripada peserta Akademi Fantasia musim ke-5 dan pernah popular dengan lagu berjudul Bila Terasa Rindu, suatu ketika dahulu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...