Cuti Kuarantin Kini Diperluas, Termasuk Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Dan Pengasingan – KPPA

Berita

Cuti Kuarantin Kini Diperluas, Termasuk Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Dan Pengasingan – KPPA

Lapor Astro Awani, kerajaan kini bersetuju memanjangkan kemudahan cuti kuarantin kepada lain-lain penyakit berjangkit yang perlu dikuarantin atau memerlukan pengasingan berkuat kuasa 4 Mac ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah di mana sebelum ini kemudahan cuti kuarantin hanya tertakluk kepada enam jenis penyakit berjangkit iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut, demam denggi, demam denggi berdarah, campak, difteria dan malaria.

Advertisement

Kerajaan juga telah menambah baik kemudahan itu dengan memasukkan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan pegawai perubatan bertauliah dari sektor kerajaan mahupun swasta.

Cuti kuarantin diperluasSumber : Google  

Maklum Shafiq lagi, menerusi penambahbaikan itu, nama kemudahan cuti kuarantin kini telah dipinda kepada ‘kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin atau memerlukan pengasingan’.

Takrif anak itu adalah anak kandung, anak tiri tangunggan, anak angkat de facto, anak angkat dan juga anak pelihara.

Manakala kadar tempoh cuti atau bilangan hari kemudahan kuarantin adalah maksimum lima hari bagi setiap eks atau selama mana tempoh perakuan yang diberikan mana-mana pegawai perubatan bertauliah.

“Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon cuti rehat/cuti rehat khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.” katanya lagi.

Penambahbaikan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan namun tertakluk kepada pihak berkuasa masing-masing.

hotel halal
3 years ago

Hanya 31 Hotel Di Selangor Ada Sijil Halal - Exco Hal Ehwal Agama Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...