Kemarahan Awal Ashaari apabila menerima ‘petua’ untuk memancungkan hidung anaknya, Lara Alana baru-baru ini telah menimbulkan kekecohan. Ada yang menyokong kelantangan Awal memarahi si pemberi ‘petua’. Ada pula yang menyokong si pemberi ‘petua’ kerana ia hanyalah sekadar petua dan bukannya mahu mengkritik Lara Alana. Seperti yang Abang Nara pernah katakan, di laman sosial ini memang mudah tersalah faham. Mungkin niat si pemberi ‘petua’ memang baik, namun ayat yang ditulisnya mampu membuatkan hati seorang ibu dan bapa terasa. Bab-bab hidung ini memang sensitif.
Mengakui dirinya tidak selantang Awal Ashaari, Scha Al Yahya memaklumkan yang perkara sebegini seharusnya tidak terjadi kepada Lara Alana yang masih merupakan seorang bayi. Iyerlah, hati ibu mana yang tidak sedih apabila diberitahu hidung anaknya kembang. Kita selaku mak ayah dah rasa anak cukup sempurna dah. Tup-tup kena hidung kembang. Pedih beb. Kata Scha:-
Kalau Awal, tahulah dia memang sangat lantang. Kalau dia geram atau marah memang dia akan lepaskan perasaan yang bertandang itu terutama perkara yang disentuh itu berkait rapat dengan orang yang dia sayangi.
Saya tak salahkan dia dalam hal sebegitu. Dia amat melindungi insan yang disayanginya seperti saya dan anak kami. Saya tak rasa benda itu salah. Manusia biasa pastinya kita akan terasa apabila dicuit orang lain.
Tak bererti ia lesen yang membuatkan khalayak melupakan nilai kemanusiaan sesama kita. Kami juga ada hati dan perasaan. Kena faham sensitiviti. Ada cara menegur dan menasihati yang berhemah.
Sebagai artis, saya kena pandai menerima apa saja kritikan mahupun nasihat. Saya tak boleh larut atau alpa dengan semua ini. Kena cepat sedar.
Cuma saya berasakan hal ini tak patut terjadi kerana ia membabitkan seorang bayi. Lara tak tahu apa. Bagi saya, cukuplah dia sihat dan cukup sifat. Itu sudah memadai dan saya memanjat kesyukuran.
Inilah kemungkinan yang harus ditempuhi oleh seorang anak selebriti. Abang Nara tengok comel je si Lara Alana nie. Tak ada pun nampak hidung kembang ke apa bagai. Bak kata Scha, selaku seorang ayah, asalkan anak sihat, tak sakit dan sempurna sifatnya, itu sudah cukup. Kalau dapat hidung mancung, kacak dan cantik jelita, itu dah kira bonus. Yang penting membesar dengan sihat sejahtera. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Berita Harian.
P.S: Yeah~~~ Seronoknya MyBabyButton dah buka tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri. Confirm Abang Nara akan tempah baju Melayu untuk Aariz dan baju kurung untuk Arissa. Kualiti terbaik, tempahan for sure siap dan paling penting, cun melecun anak-anak memakainya nanti. Korang pun tempahlah cepat sebelum 17 April. Informasi lanjut LIKE Facebook MyBabyButton dan follow Instagram @mybabybutton. Nak lagi senang mesej je terus 011-1311 7632.