Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, semalam.
Menurut laporan Utusan, cubaan bunuh diri itu dikatakan pertama kali berlaku di menara tersebut.
Difahamkan, operasi menyelamat melibatkan mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an berjaya diselamatkan.
Bomba berjaya menangkap mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Pihak bomba menerima maklumat itu kira-kira pukul 5.11 petang dan seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, lelaki bekenaan berdiri di hujung Sky Deck, Menara Kuala Lumpur dan dipercayai cuba membunuh diri.