Kerap Muntah, Bayi Lapan Bulan Ditampar Pengasuh

Berita

Kerap Muntah, Bayi Lapan Bulan Ditampar Pengasuh

Seorang pengasuh wanita dilaporkan telah ditahan pada Rabu lalu setelah dia disyaki menampar bayi yang baru berusia lapan bulan di sebuah rumah di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, lapor Kosmo Online.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundingan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias di mana pihaknya ada menerima laporan daripada seorang wanita pada hari yang sama.

Advertisement
Bayi ditamparSumber : Google  

 

Wanita tersebut mendakwa anak bongsunya itu telah ditampar pengasuh yang menjaga bayi tersebut.

Bagaimanapun pengasuh berkenaan mengaku kepada pihak polis yang dia tidak sengaja menampar pipi mangsa yang pada masa itu berada dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.

Pengasuh wanita itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis namun sisatan tetap akan diteruskan.

 

Kita sedang menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera.

Jelas Kamaruzaman lagi, kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sesuatu maklumat yang tidak pasti atau sebarang spekulasi kerana ianya boleh menganggu siasatan pihak polis.

Akta baru hapus rokok
2 years ago

Akta Hapus Rokok Di Malaysia Akan Digubal Tahun Ini - Kementerian Kesihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...