“Cuba Fokus Satu ‘Job’ Dulu Agar Dapat Menjiwai Watak” – Nadhir Nasar

Hiburan

“Cuba Fokus Satu ‘Job’ Dulu Agar Dapat Menjiwai Watak” – Nadhir Nasar

Makin dikenali ramai menerusi lakonan cemerlang dalam drama Projek: Anchor SPM, pelakon Nadhir Nasar akui mengambil masa yang lama untuk dirinya berjaya mendalami watak tersebut agar dapat menarik perhatian orang ramai.

Syatilla Melvin Shaheizy Sam
3 years ago

Tayang Baju Tidur Seksi, Syatilla Melvin Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia

Advertisement

Baru-baru ini, Nadhir atau nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar telah menegur tindakan segelintir pelakon yang sering kali mengambil dua atau tiga tawaran berlakon dan perkara itu membuatkan kualiti kerja mereka terjejas sehingga watak yang dilakonkan oleh mereka tak didalami dengan betul.

Saya tak gemar bila ada beberapa pelakon baharu yang tidak mengambil serius akan bidang lakonan dan tak beri all out bila berlakon.

Malah ada juga yang ambil dua atau tiga job sekali gus.. kalau you rasa tak boleh handle, cuba fokus pada satu-satu job dahulu agar karakter dan lakonan yang dibawakan itu sampai kepada penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lucky (@nadhirnasar_)

Nadhir, 25 turut berkata bahawa kelas lakonan yang dibuat oleh pelakon hebat Nabila Huda itu merupakan satu perkara yang bagus untuk memberi kesedaran kepada pendatang baru agar mereka kenal erti industri lakonan sebenar.

Sumber : Instagram Nadhir Nasar  

Sekadar makluman, Nadhir merupakan graduan Komunikasi Dan Pengajian Media (Penyiaran) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon selepas diumumkan sebagai juara Hero Remaja 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...