Makin dikenali ramai menerusi lakonan cemerlang dalam drama Projek: Anchor SPM, pelakon Nadhir Nasar akui mengambil masa yang lama untuk dirinya berjaya mendalami watak tersebut agar dapat menarik perhatian orang ramai.
Baru-baru ini, Nadhir atau nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar telah menegur tindakan segelintir pelakon yang sering kali mengambil dua atau tiga tawaran berlakon dan perkara itu membuatkan kualiti kerja mereka terjejas sehingga watak yang dilakonkan oleh mereka tak didalami dengan betul.
Saya tak gemar bila ada beberapa pelakon baharu yang tidak mengambil serius akan bidang lakonan dan tak beri all out bila berlakon.
Malah ada juga yang ambil dua atau tiga job sekali gus.. kalau you rasa tak boleh handle, cuba fokus pada satu-satu job dahulu agar karakter dan lakonan yang dibawakan itu sampai kepada penonton.
View this post on Instagram
Nadhir, 25 turut berkata bahawa kelas lakonan yang dibuat oleh pelakon hebat Nabila Huda itu merupakan satu perkara yang bagus untuk memberi kesedaran kepada pendatang baru agar mereka kenal erti industri lakonan sebenar.
Sekadar makluman, Nadhir merupakan graduan Komunikasi Dan Pengajian Media (Penyiaran) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon selepas diumumkan sebagai juara Hero Remaja 2020.