Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cristine Suzanne Sudah Bertunang, Nikah 22 Januari 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Cristine Suzanne yang telah pun bertunang dengan lelaki pilihannya pada hari Ahad lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung dengan kehadiran ahli keluarga terapat dan rakan baiknya. Untuk anda yang tidak tahu, Cristine Suzanne sebelum ini  pernah bercerita mengenai bakal suaminya yang merupakan pilihan ibunya.
gambar tunang cristine suzanneBerkata kepada Mstar Online, Cristine Suzanne memberitahu yang dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 22 Januari 2014. Kata Cristine:-

Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja. Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua.

Advertisement

cristine suzanne

Semoga segalanya berjalan lancar buat Cristine Suzanne dan tunangnya menjelang hari pernikahan. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Memang nampak sama cantik sama padan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top