“Crispy Gitu..” – Baju Raya Hantar Dobi Jadi ‘Garing’, Wanita Ini Rugi RM800

Kehidupan

“Crispy Gitu..” – Baju Raya Hantar Dobi Jadi ‘Garing’, Wanita Ini Rugi RM800

Kebiasaannya jika anda mempunyai baju yang banyak tak dibasuh, pastinya dobi layan diri menjadi pilihan kerana jimat masa dan mudah.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video TikTok memaparkan kisah seorang wanita yang telah mengeringkan bajunya di sebuah dobi beroleh musibah apabila pakaiannya menjadi ‘garing’ kerana mesin pengering yang terlalu panas.

Advertisement
DobiSumber : Google  

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai @rararossa itu menunjukkan baju-bajunya yang dipercayai busana raya yang sudah siap dikeringkan dobi layan diri berkenaan.

dobi baju garingSumber : TikTok  

Difahamkan, dia juga mengalami kerugian sebanyak RM800 kerana bajunya sudah rosak dan ‘garing’.

Namun, pemilik dobi tersebut dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya dan telah membayar ganti rugi kepada wanita itu.

TikTok

Video itu sekaligus menjadi ‘viral’ di media sosial dan netizen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian wanita itu.

Ramai di antara netizen memuji sikap pemilik dobi itu yang bertanggungjawab di atas musibah melanda wanita itu.

mengorat anak saudara
3 years ago

"Jijiknya!" - Rakam Video Nak 'Mengorat' Anak Saudara, Netizen Kecam Tindakan Lelaki Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...