COVID-19: Yusuf Al-Qaradawi Gesa Masjid Di Seluruh Dunia Tangguhkan Solat Jumaat

Trending

COVID-19: Yusuf Al-Qaradawi Gesa Masjid Di Seluruh Dunia Tangguhkan Solat Jumaat

Umum mengetahui bahawa kes COVID-19 kini mencapai paras membimbangkan di Malaysia. Pertambahan kes mula berlaku susulan perjumpaan ijtimak tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling dan majlis itu dihadiri oleh 10,000 peserta daripada seluruh pelosok dunia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berulang kali mengesyorkan langkah pencegahan untuk membendung wabak ini seperti mencuci tangan sekerap yang mungkin, memakai topeng muka dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, rakyat tempatan turut diminta untuk mengelakkan perjumpaan secara ramai bagi mengurangkan penularan COVID-19.

Advertisement

Atas sebab itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dr Zulkifli telah mengeluarkan garis panduan untuk semua jemaah yang menghadiri solat Jumaat di seluruh masjid di Malaysia. Antaranya ialah mengambil wuduk secara terus daripada rumah dan memendekkan bacaan khutbah. Negeri Perlis bagaimanapun mengambil langkah drastik dengan mengumumkan pembatalan solat Jumaat itu dua hari lepas bagi memastikan pencegahan yang efektif.

4 years ago

Perlis Batal Solat Jumaat Ganti Solat Zohor Di Rumah, Pulau Pinang Solat Jumaat Dengan Bersyarat

Ulama tersohor Yusuf al-Qaradawi juga tidak berdiam diri dan menggesa masjid di serata dunia supaya menangguhkan semua aktiviti solat berjemaah, termasuk solat Jumaat mingguan sebagai langkah membendung COVID-19. Arahan itu dibuat menerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang diketuai Qaradawi.

Langkah yang drastik perlu diambil bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...