Perlis Batal Solat Jumaat Ganti Solat Zohor Di Rumah, Pulau Pinang Solat Jumaat Dengan Bersyarat

Trending

Perlis Batal Solat Jumaat Ganti Solat Zohor Di Rumah, Pulau Pinang Solat Jumaat Dengan Bersyarat

Raja Perlis, Tunku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah solat Jumaat di seluruh negeri tersebut digantikan dengan solat zohor di rumah hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan COVID-19 serta telah menerima panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Kenyataan ini telah dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Advertisement

solat Jumaat

Bagi menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan ini memutuskan agar Solat Jumaat di seluruh Negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan Solat Zohor di rumah masing-masing

Titah baginda lagi, hal ini berikutan rentetan daripada perkembangan wabak yang telah dimaklumkan oleh KKM agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti keagamaan perlu dielakkan.

Tunku Syed Faizuddin pula bertitah agar pihak pengurusan masjid di seluruh negeri Perlis mengelakkan daripada menganjurkan sebarang perhimpunan awam berskala besar untuk ketika ini.

Di Pulau Pinang pula, solat jumaat dan aktiviti lain di masjid atau surau dibenarkan selagi KKM mengesahkan penularan wabak COVID-19 masih terkawal.

Mufti Pulau Pinang

Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata kebenaran itu diikuti dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang yang disokong oleh kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beberapa syarat telah ditetapkan iaitu khutbah dipendekkan, mengambil wuduk di rumah dan mereka yang mempunyai simptom COVID-19 (batuk atau demam) tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit. Selain itu, pihak masjid atau jemaah hendaklah menyediakan sanitizer tangan dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan serta keselamatan.

Tambahnya lagi, seandainya wabak COVID-19 merebak dan tidak terkawal, individu yang telah disahkan positif harus untuk tidak melaksanakan solat jumaat namun wajid diganti dengan solat zohor di rumah.

Dengan insiatif ini, diharap agar penularan COVID-19 dapat dibendung.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...