Apabila melihatkan kesengsaraan rakyat dalam menangani wabak COVID-19, sudah pasti ada pihak lain yang merasa kasihan melihat bebanan yang terpaksa ditanggung tersebut.
Disebabkan itulah, baru-baru ini, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan ini.
Hal ini kerana, kedua baginda berharap dengan inisiatif berikut dapat membantu golongan yang memerlukan supaya dapat mengharungi saat genting ini.
Kini, anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berkenan untuk tidak mengambil Elaun Diraja baginda bagi tempoh enam bulan hingga September nanti.
Bayaran ini akan disalurkan kepada Tabung COVID-19 Pahang dan Baginda juga meluahkan hasrat agar sumbangan itu dapat disampaikan dengan segera kepada rakyat yang terjejas akibat wabak ini.
Netizen yang melihatkan tindakan baik kepada anakanda Agong dan Permaisuri ini terus meluahkan rasa kagum mereka. Meskipun tidak nampak besar tetapi sumbangan yang ikhlas itu dapat memberikan senyuman kepada ramai di luar sana.
Semoga rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sumbangan ini.