COVID-19: Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

Trending

COVID-19: Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

Disebabkan oleh jumlah kes positif COVID-19 yang kian meningkat di Malaysia, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan wabak ini tidak akan ‘memakan’ rakyat dan menjejaskan kehidupan mereka. Oleh kerana langkah pembendungan mungkin memakan masa berbulan, jemaah menteri telah memotong gaji mereka selama dua bulan dan menyumbangkannya kepada golongan yang memerlukan.

Terbaru, Agong dan Permaisuri juga meluahkan rasa kebimbangan akan pandemik ini yang kian menular di Malaysia. Lantas, kedua-dua Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memperkenankan kerajaan supaya tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan.

Advertisement

Keputusan ini dibuat selepas Seri Paduka Baginda berdua berasa prihatin melihat keadaan kewangan negara yang paling terkesan dek kerana penularan wabak ini yang semakin berleluasa.

Seri Paduka Baginda turut tidak lupa untuk meluahkan ucapan penghargaan kepada para kakitangan kesihatan terutamanya yang bertugas di barisan hadapan kerana sanggup menabur bakti dan memikul tanggungjawab meskipun penat. Tambahan pula, 30 Mac lepas merangkap Hari Doktor Sedunia.

Tak dilupa kepada tonggak negara iaitu rakyat di mana kedua-dua Agong dan Tunku Azizah berdoa dan berharap agar Malaysia terus berada di bawah lindungan dan rahmat Tuhan. Selain, berharap supaya wabak COVID-19 ini berakhir secepat mungkin.

Diharap usaha ikhlas daripada Baginda berdua dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi pandemik ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...