Comel, Gelagat Kanak-Kanak Minta Maaf Kerana Terkencing

Trending

Comel, Gelagat Kanak-Kanak Minta Maaf Kerana Terkencing

Seperti yang kita tahu, kehadiran anak atau kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mampu mengubah suasana keluarga di rumah. Ada saja telatah dan gelagat mereka ini yang mampu mencuit hati orang ramai.

Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka tersendiri dan ibu bapa yang memiliki anak kecil pastinya memerlukan banyak tenaga kerana perlu melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Advertisement

3 bulan lalu

Ramai Terhibur Ragam Budak Kecil Kejar 'Uncle' Roti

Telatah kanak-kanak ini selalunya mampu untuk menghiburkan hati orang sekeliling. Riuh dan kecoh suasana rumah dibuatnya, tidak sah kalau sehari tiada perkara mereka lakukan yang menjadi hiburan bagi ahli keluarga.

Tindakan kanak-kanak ini meminta maaf kepada ibunya kerana telah terkencing raih pujian netizen

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan meminta maaf dengan ibunya.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton yang menonton video tersebut adalah apabila kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama ika tersebut dilihat memohon maaf kepada ibunya kerana secara tidak sengaja telah terkencing di karpet ibunya.

Advertisement

Lebih mencuri perhatian, dia kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibunya sambil dengan comel meminta maaf kepada ibunya kerana telah melakukan kesalahan tersebut.

Kerana rasa bersalah dan menyedari kesilapannya itu, kanak-kanak tersebut berkata, “Ika minta maaf, Ika tak sengaja kencing waktu tidur. Ika minta maaf ya”. Walaupun usianya masih kecil, namun tindakannya itu sangat bagus kerana tahu akan kesilapannya dan meminta maaf.

“Pandai ambil hati ibu dia, nak marah pun tak jadi nak marah”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 304.1 ribu tontonan, 21.6 ribu tanda like dan 1.4 ribu komen.

Rata-rata netizen memuji sikap ibunya yang pandai mendidik anak kerana meskipun dia masih kecil tetapi sudah pandai memahami yang mana betul dan salah.

Kanak-kanak minta maaf kerana terkencing

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Kanak-kanak minta maaf kerana terkencing

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan ibunya hendak marah pun tidak mampu marah selepas mendengar dia meminta maaf dengan cara yang comel.

Advertisement

Ramai juga yang turut mendoakan semoga kanak-kanak perempuan tersebut menjadi anak yang solehah apabila sudah besar dan berjaya sentiasa.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...