Comel, Gelagat Kanak-Kanak Mengeluh Ketika Tolong Atuk

Trending

Comel, Gelagat Kanak-Kanak Mengeluh Ketika Tolong Atuk

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi naif dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Advertisement

3 bulan lalu

Ragam Kanak-Kanak Kacau Ayahnya Solat Buat Netizen Ketawa

Tidak sah kalau sehari tiada perkara mereka lakukan yang menjadi hiburan bagi ahli keluarga, pasti riuh dan kecoh suasana rumah dibuatnya.

Kata orang, nikmati lah waktu-waktu bersama anak kecil ini selagi mampu kerana kita pastinya akan menrindui telatah mereka ini apabila mereka sudah dewasa.

Kanak-kanak mengeluh kepenatan ketika menolong atuknya memetik daun kucai

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna media sosial tersebut yang memaparkan gelagat comel seorang kanak-kanak mengeluh kepenatan ketika membantu atuknya melakukan kerja.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang menolong atuknya memetik daun kucai di luar rumah. Dia menolong atuknya dengan memegang beg plastik yang dipenuhi daun kucai itu.


Semasa atuknya sedang memetik daun kucai tersebut, kanak-kanak itu bertanyakan jika ada lagi daun kucai yang ingin dipetiknya. Apa yang membuatkan ramai penonton video tersebut terhibur adalah apabila kanak-kanak itu kemudiannya mengeluh sebaik sahaja atuknya memberitahu masih ada lagi daun yang perlu dipetik.

Walaupun mengeluh kepenatan, kanak-kanak tersebut masih menanti di situ sambil memegang beg plastik berisi daun kucai yang dipetik oleh atuknya. Lucu, membebel mengalahkan orang dewasa ya.

“Penat berdiri lah tu”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 803.1 ribu tontonan, 61.1 ribu tanda like dan 766 komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak mengeluh ketika tolong atuknya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Kanak-kanak mengeluh ketika tolong atuknya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan kanak-kanak tersebut seolah olah terpaksa menolong atuknya walaupun sebenarnya dia malas hendak membantu.

Tidak kurang juga yang berasa ‘geram’ melihat kanak-kanak tersebut yang sangat comel sehingga ingin mencubit pipi bulat kanak-kanak itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...