Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video seorang gadis warganegara China yang cuba belajar mengira nombor dalam bahasa melayu telah mencuit hati ramai netizen.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna bernama Mohamed Hyypia itu, gadis itu merupakan teman wanitanya yang cuba belajar bahasa tempatan.
Lebih menarik perhatian apabila gadis itu melakukan kesilapan dalam sebutannya yang disifatkan comel oleh rata-rata netizen.
Satu, dua, tima, embab, lima, pagi, tujuh, balam, sembilan, dimunlumlum…
Meninjau di ruangan komen, ramai juga netizen yang turut memberi tips dan cara untuk membantu gadis itu mempelajari bahasa melayu dengan mudah.
@hipiyaaaaaa Ok to be fair with her she’s Mainland Chinese from China ??? #fyp #tiktokmalaysia #girlfriend #interracialcouple
? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
“Lima, pagi, petang, siang, malam” tulis seorang netizen.
“Belikan dia flashcard, saya rasa itu akan membantu dia belajar” tulis seorang pengguna TikTok.
“Tima tu makcik aku, cute betul akak ni” tulis seorang lagi netizen.