“Lelaki Pun Ada Perasaan” – Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Menangis Hantar Anak Ke Tadika

Kehidupan

“Lelaki Pun Ada Perasaan” – Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Menangis Hantar Anak Ke Tadika

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video seorang lelaki yang berulang kali mengesat air mata ketika menghantar anaknya pada hari pertama persekolahan.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Natasha Syahierra Omar berkata, lelaki yang menangis itu sebenarnya merupakan bekas suami yang juga merupakan bapa kandung kepada anak pertama mereka yang berusia lima tahun itu.

Advertisement

Menurut Natasha, bekas suami sangat rapat dengan anak, jadi apabila dia melihat momen anak masuk tadika, membuatkan dia sebak sehingga menitiskan air mata.

lelaki

Walau berpisah, hubungan kami tetap baik dan daddy merupakan bapa yang sangat bertanggungjawab dari segi nafkah dan kasih sayang.

Jelasnya lagi, dia dan bekas suami berkahwin pada 2016, namun berpisah setahun selepas melahirkan anak. Mereka kemudiannya bernikah semula pada 2019 sebelum berpisah lagi pada tahun 2020.

@tasharossee

Dun sad daddy. InshaAllah lepasni kite akan jaga betul2 family kite okie ? #fyp#firstdayofschool#berandatiktok#daddysboy#fyp?#viralvideo

? Ajarkan Aku.. Arvian Dwi – ??RVIAN

Dalam pada itu, bekas suaminya, Muhammad Muhaimin Mazan mengakui kisah lalu yang menyebabkan dua kali perpisahan rumah tangga menjadi salah satu sebab dia menitiskan air mata.

Perasaan saya bercampur baur. Yang lepas adalah kesilapan ego masing-masing. Bila anak dah besar, baru kami sedar ego telah merosakkan segalanya.

Setakat ini, video yang dimuat naik Natasha telah meraih 950,000 tontonan di aplikasi TikTok dan dihujani kata-kata positif netizen.

roy
2 years ago

"Dia Layan Macam Anak Sendiri" - Tak Kira Kaum, Netizen Tersentuh Lihat Kasih Sayang Lelaki Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...