Come Back! 10 Juara Bakal Berentap Semula Dalam Pentas Gegar Vaganza Musim Baru

Hiburan

Come Back! 10 Juara Bakal Berentap Semula Dalam Pentas Gegar Vaganza Musim Baru

Siapa sangka program Gegar Vaganza sudah berlangsung selama 10 tahun dan bagi meraikannya, Gegar Vaganza musim ke 10 iaitu All Stars Gegar Vaganza akan melibatkan juara-juara sebelum ini.

Difahamkan, All Stars Gegar Vaganza akan menampilkan 15 alumni yang merupakan juara setiap 10 musim sebelum ini dan lima alumni lain kembali bertanding.

Advertisement

10 alumni itu terdiri daripada Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8), dan Jaclyn Victor (GV9).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Lima penyanyi yang lain dari musim-musim yang lalu bakal diundi oleh peminat dan undian bakal ditutup pada 10 September 2023, pukul 11.59 malam.

Tidak berubah, barisan juri masih kekal diketuai Datuk Ramli MS dan akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat serta penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang.

Ramli MS
2 years ago

Gegar Vaganza Bukan 'Apak' Saya Punya - Datuk Ramli MS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...