(VIDEO)”Cinta Itu Buta” – Rumah Lelaki Beristeri Dua Seperti ‘Tongkang Pecah’, Netizen Simpati Nasib Anak-Anak

Kehidupan

(VIDEO)”Cinta Itu Buta” – Rumah Lelaki Beristeri Dua Seperti ‘Tongkang Pecah’, Netizen Simpati Nasib Anak-Anak

Satu perkongsian video di Twitter mungkin akan membuatkan ‘speechless’ seketika kerana sebuah keluarga yang agak ‘besar’ tinggal dalam sebuah rumah yang berada dalam keadaan tidak sesuai untuk diduduki berikutan persekitarannya yang kotor.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang tinggal bersama-sama dua orang isterinya dan anak-anak berada dalam keadaan daif dengan rumah yang dipenuhi barang seperti sampah dan sebagainya.

Advertisement

Difahamkan, bilik isteri kedua yang juga mempunyai pelajaran tinggi hanya dipisahkan dengan sehelai langsir dengan isteri pertama.

Manakala anak-anak pula dilihat tidak terurus dan keadaan dalam rumah seperti dapur dan ruang tamu yang sangat daif.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak percaya dengan apa yang dipaparkan dan ada juga yang bersimpati dengan nasib anak-anak keluarga itu yang tinggal di dalam persekitaran seperti itu.

tiktokSumber : TikTok  

Antara teguran yang diberikan warga maya adalah seseorang itu sepatutnya tidak berkahwin jikalau tidak mampu untuk menjaga kebajikan diri sendiri apatah lagi beristeri dua.

Selain itu, ada juga yang berasa hairan mengenai status lelaki itu beristeri dua sedangkan kehidupan yang dibina melarat seperti itu.

“Aku kesian kat anak-anak je. Membesar dengan persekitaran kotor macam ni. Dengan madu-madu tu lantaklah, nampak gaya macam tak boleh diselamatkan.” komen netizen.

berebut kfc rumah terbuka jawi
6 bulan lalu

"Malu Orang Tengok" - Tular Video Berebut 'Fast Food' Di Rumah Terbuka, Netizen Persoal Sikap Penganjur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...