Cikgu English Tak Masuk Mengajar 7 Bulan, Tiga Bekas Pelajar Menang Saman RM150k

Berita

Cikgu English Tak Masuk Mengajar 7 Bulan, Tiga Bekas Pelajar Menang Saman RM150k

Lapor Berita Harian Online, tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah telah memenangi saman sebanyak RM50,000 setiap seorang di atas kegagalan seorang guru Bahasa Inggeris untuk hadir mengajar selama tujuh bulan pada tahun 2017.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard David Shim yang membenarkan tuntutan Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung yang kesemuanya berusia 22 tahun.

Advertisement

Difahamkan, bayaran pampasan itu dibuat selaras dengan trauma yang telah dialami oleh mereka.

Saman tersebut telah difailkan pada 7 Disember 2020 di mana ketiga-tiga bekas pelajar itu menamakan guru, Mohd Jainal Jamran sebagai defendan pertama.

Manakala pengetua SMK Taun Gusi, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua hingga kelima.

Defendan telah didapati melanggar hak perlembagaan plaintif di bawah Perkara 5 dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Defendan juga melanggar hak perlembagaan kepada pendidikan dan hak disediakan guru yang menghadiri kelas bagi mengajar serta mempersiapkan plaintif untuk peperiksaan Bahasa Inggeris.

Ketiga-tiga plaintif itu diwakili oleh peguam, Sherzali herza Asli.

Manakala pihak defendan diwakili peguam Persekutuan, Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sanusi ditahan polis
1 year ago

(VIDEO) MB Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi, Didakwa Pagi Ini - "Lima Trak FRU 'Standby' Depan Mahkamah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...