“Cik Man Pergi Mana?” – Lama Menyepi, Netizen Minta Penjelasan Dari PU Azman

Hiburan

“Cik Man Pergi Mana?” – Lama Menyepi, Netizen Minta Penjelasan Dari PU Azman

Setelah lama berdiam diri, Pencetus Ummah (PU) Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan dia menghadiri satu majlis kenduri.

Dalam foto tersebut, dapat dilihat PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 41, berdiri bersama beberapa orang tetamu yang dipercayai ahli keluarganya.

Advertisement
Sumber : Instagram 

Namun, posting berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bertanyakan sebab di sebalik ketiadaan Cik Man dan inginkan penjelasan berikutan hal tersebut.

Cik Man pergi mana? Lama senyap di medsos? Takde penjelasan?”

Alhamdulillah..Ustaz ok?? Lama menyepi”

Walau bagaimanapun, hantaran berikut telah pun dipadam oleh Cik Man atas sebab yang tidak diketahui.

Sekadar info, PU Azman sebelum ini pernah dikaitkan sebagai pendakwah bebas yang terlibat dengan kes amang seksual yang ditahan reman bagi membantu siasatan.

PU Azman juga menghilangkan diri dari segmen agama di sebuah stesen radio yang menguatkan lagi dakwaan terhadap pendakwah itu berkaitan kes berikut.

2 years ago

"Mana Cik Man?" - Segmen Kerohanian PU Azman 'Bertukar Suara', Pendengar Suria FM Tertanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...