“Mana Cik Man?” – Segmen Kerohanian PU Azman ‘Bertukar Suara’, Pendengar Suria FM Tertanya

Hiburan

“Mana Cik Man?” – Segmen Kerohanian PU Azman ‘Bertukar Suara’, Pendengar Suria FM Tertanya

Segmen kerohanian stesen radio Suria FM yang dikendalikan oleh pendakwah bebas, PU Azman selama tiga tahun kini dilaporkan sudah ‘bertukar tangan’.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh stesen radio tersebut menerusi sebuah hantaran di laman rasmi Instagram Suria FM.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, segmen kerohanian itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.

Menurut laporan Harian Metro, segmen yang dibawakan setiap Jumaat itu telah bermula bersiaran pada 16 September 2022 selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi.

Bagaimanapun, penggantian segmen itu masih menjadi tanda tanya kepada para pendengar memandangkan pembabitan PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man sudah sebati dengan stesen radio berkenaan.

Cik man dah pergi mana? – Netizen.

Harap sementara je lah ya.. selagi Cik Man tak dibuktikan bersalah, janganlah buang dia ya, dia penyeri suria pagi setiap jumaat tauu.. hmmm,” tulis seorang pendengar Suria FM.

Malah, segmen Cik Man Nak Cakap yang cukup mengiburkan hati pendengar itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DS Vida
2 years ago

"Pekak La Baby Tu Kak Oii " - DS Vida Dikecam Menjerit Dekat Anak Orang Sampai Menangis Tersedu-Sedan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...