Cik B Terima Jambangan Bunga Dari ‘Lelaki Misteri’, Netizen Pesan Cari Pasangan Yang Ikhlas Dan Tak Kikis Harta

Hiburan

Cik B Terima Jambangan Bunga Dari ‘Lelaki Misteri’, Netizen Pesan Cari Pasangan Yang Ikhlas Dan Tak Kikis Harta

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B sentiasa menjadi perhatian warga maya di media sosial.

Sering memuat naik aktiviti dan perkongsian harian bersama ibunya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen mencuri tumpuan apabila dihadiahkan jambangan bunga oleh seorang ‘lelaki misteri’ ketika bersiar-siar bersama ibunya di ibu kota.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Cik B dilihat tersipu malu ketika menerima jambangan bunga berkenaan di hadapan DS Vida.

DS Vida turut berkongsi video momen-momen tersebut dan dilihat terkejut dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Cik B mencuri perhatian netizen setelah dia memuat naik video berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah sambil ditemani beberapa orang pengawal peribadi.

Kata Cik B, dia sudah mempunyai ‘bodyguard’ dan kini hanya perlu mencari kekasih hati.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberi nasihat kepada anak gadis itu untuk berhati-hati memilih pasangan.

Kata netizen, mereka bimbang jika lelaki yang mendekati Cik B hanyalah bertujuan mengikis harta dan tidak ikhlas mencintainya.

“Saya doakan Cik B dikurniakan insan yang benar-benar ikhlas. Tak tahulah lelaki itu betul-betul sukakan Cik B atau hanya kerana wang” pesan seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ali puteh
2 months ago

(VIDEO) "Saya Datang Sendiri Untuk Bayar" - Ali Puteh Ke Rumah Hidayah Serah Duit Saman RM75,000, Akhiri Sengketa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...