Nama Chef Wan sepanjang minggu ini menjadi bualan hangat, jika sebelum ini isu beliau bergaduh dengan ahli keluarga kerana menyindir mereka pemalas sehingga ingin saman menyaman, kini Chef wan didakwa tidak membayar gaji pembantu rumah beliau sehingga dua bulan dan akhirnya pembantu rumah itu lari daripada tempat kerjanya.
Mengetahui Chef Wan sebagai seorang yang berduit ramai yang tertanya mengapa beliau tidak mampu untuk membayar gaji pembantu rumahnya? Menerusi satu soalan daripada salah satu pengikut beliau di Instagram berhubung isu berkenaan, Chef Wan diruangan komen menafikan dakwaan tersebut  dan menjelaskan wanita itu  melarikan diri bukan atas alasan tidak menerima gajinya.
Pembantu rumah itu yang disediakan untuk ibu Chef Wan sudah lama merencana untuk melarikan diri dengan kekasihnya dan menampakkan seakan Chef Wan yang bersalah dalam hal ini kerana fitnah daripada orang yang tidak tahu akan cerita sebenar disebaliknya.
Berikut adalah penjelasan  penuh oleh Chef Wan :-
Tidak dapat dinafikan buat mereka yang bekerja dan mempunyai ibu bapa pasti memerlukan khidmat pembantu rumah, tetapi bila anda ada pembantu rumah anda harus mempersiapkan diri untuk melalui pelbagai risiko dan masalah. Siapa yang tak sakit hati kalau semua sudah di sediakan tetapi masih buat perangai jugak?