Sejak isu beliau dengan lantangnya bersuara dan menyokong pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah, pelakon Ellie Suriaty nampaknya semakin berani dan kerap berbicara soal politik.
Tindakan Ellie itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi Datuk Chef Wan yang menganggap tindakan pelakon itu sangat tidak wajar apatah lagi Ellie masih lagi tidak puas hati dengan kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 yang lalu.
Menurut Chef Wan, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat berhak untuk memilih kerajaan baru yang dirasakan layak untuk memerintah. Lebih banyak seseorang itu membuka mulutnya sebenarnya lagi nampak bodoh. Ellie tidak perlu terlalu berdrama ataupun ‘meroyan’ kerana ia hanya mengundang rasa menyampah orang ramai.