July 9th, 2018

Hadir sebagai penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, kekecohan dan provokasi yang dilakukan oleh pelakon Ellie Suriaty mendapat kritikan serta menimbulkan pelbagai spekulasi. Selain dilabelkan sebagai ‘macai’, ada juga pihak yang mendakwa mungkin Ellie diupah untuk bermati-matian menyokong bekas PM itu selain mempunyai niat tertentu demi kepentingan dirinya.

Walaubagaimanapun, Ellie menafikan dirinya seorang yang mudah ‘dibeli’ dengan wang ringgit dan menjelaskan apa yang beliau lakukan adalah untuk menegakkan keadilan. Ellie tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.

Apa yang berlaku di mahkamah itu bukan pakatan atau rancangan, semua yang ada di sana ada perasaan yang sama. Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli.

Ellie berkata beliau bimbang dengan nasib bangsa Melayu dibawah kepimpinan kerajaan baharu. Dalam pada itu, Ellie memberitahu beliau menyokong Najib dan UMNO selepas kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU 14 lalu.

Sumber Berita : mStar Online


31 responses to “Ellie Suriaty Nafi Dibayar Sokong Najib, Masuk UMNO Selepas BN Kalah”

  1. Anonymous says:

    aku tak nmpk pulak bini dia terpekik terlolong dkt luar mahkamah tue suruh bebaskn laki dia.
    pastu kau pulak yg lebih? ???

  2. peminat sajat says:

    Ellie berkata beliau bimbang dengan nasib bangsa Melayu dibawah kepimpinan kerajaan baharu. Dalam pada itu, Ellie memberitahu beliau menyokong Najib dan UMNO selepas kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU 14 lalu.

    P/S……Saya juga bimbang…klu BN menang lg….abis duit kita depa kebas

  3. Anonymous says:

    mari tgok sama2. apa yg akn berlaku pada masa akn dtg.

Loading...