Kecoh semalam apabila Chef Riz dikatakan mempalsukan pengalaman bekerjanya untuk dimuatkan di dalam profil juri Masterchef Malaysia. Dan hari ini, pihak Astro di Facebook Masterchef Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang Chef Riz memohon maaf atas pemalsuan tersebut.
Kesimpulannya, memang benarlah Chef Riz tidak pernah menjadi Chef Di Cuisine atau pun Sous Chef di luar negara. Mungkin semasa Chef Riz memberi profil tersebut, dia tidak menyangka akan berlaku penyiasatan sampai ke akar umbi. Apa pun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran bagi Chef Riz.
Apa pun, Chef Riz adalah salah seorang juri feveret Abang Nara untuk program Masterchef Malaysia. Like Facebook Masterchef Malaysia untuk maklumat lanjut.