November 9th, 2011

Wow. Agak mengejutkan apabila membaca laporan daripada The Malaysian Insider hari ini. Mengikut siasatan yang telah dibuat, pihak The Malaysian Insider mendapati pengalaman bekerja yang ditulis pada profil Chef Riz di laman web Master Chef Malaysia adalah tidak benar. Menurut pihak Astro, profil yang diberikan di laman web Masterchef Malaysia diberikan oleh Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan sendiri.

chef riz

Profil diatas telah pun diubah kepada:-

chef riz

Pihak The Malaysian Insider telah menghubungi Restoran Babbo dan pihak terbabit menafikan pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuawan. Namun begitu, Chef Riz tetap mempertahankan dan menyatakan yang dia pernah bekerja di sana.

Saya pernah berada di sana (Babbo) selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006. Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008

Benar atau tidak, bagi Abang Nara, Chef Riz sememangnya layak untuk berdiri sebagai juri Masterchef Malaysia. Abang Nara dan wife memang layan Masterchef Malaysia setiap hari dan kehadiran Chef Riz sememangnya bersesuaian dengan program ini. Kalau anda belum menonton, sila menontonnya di Astro Ria pada jam 9 malam setiap Sabtu sehingga Rabu.


Comments are closed.

Loading...