Selalu mendengar berita hendak bercerai, personaliti media sosial Ubai menidakkan khabar angin bahawa hubungannya dan Shila Amzah tidak baik.
Ubai menyatakan bahawa dia dan Shila elok sahaja pergi ‘dating’ dan keluar sama-sama di tempat awam dan sememangnya tiada masalah antara mereka.
Dekat sosial media ni, saya tak tahu apa diaorang nak.
View this post on Instagram
Sementara itu, Ubai juga tidak mahu masuk campur hal ibu dan bapa mentuanya yang sudah bercerai. Katanya lagi, soal keluarga isterinya tiada efek kepada hubungan mereka.
Menurut Ubai, isu keluarga Shila sudah pun diselesaikan sendiri oleh isterinya dah pihak berkenaan tanpa melibatkan Ubai. Tambahan pula, Ubai berharap gosip-gosip mereka bercerai ini tak lagi timbul.
Mulut orang, kita tak boleh nak tutup kan? Kita kena sabar lah. Jari jemari mereka pun kita tak boleh nak kawal.