Che Puan Khaleeda Kongsi ‘Update’ Terkini Keadaan Adik Bella, Ramai Luah Rasa Terharu

Kehidupan

Che Puan Khaleeda Kongsi ‘Update’ Terkini Keadaan Adik Bella, Ramai Luah Rasa Terharu

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim iaitu Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda telah memuat naik perkongsian terkini di laman Instagram milik baginda.

Menerusi hantaran tersebut, Che’ Puan Khaleeda telah membuat kunjungan untuk melawat kanak-kanak sindrom down iaitu Bella yang pernah didera oleh pengasuhnya.

Advertisement

Dalam pada itu, baginda memaklumkan bahawa adik Bella kini sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di persekitaran baharu.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang terharu melihat keadaan terkini adik Bella yang kelihatan lebih sihat dan ceria.

Bukan itu sahaja, mereka turut gembira melihat adik Bella yang berkelakuan mesra dan berkasih sayang dengan Che Puan Khaleeda.

Malah, ramai yang memuji kemuliaan sifat baginda dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak istimewa itu dan menyamakan Che Puan Khaleeda dengan Princess Diana.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TMJ
1 year ago

"Nak Buat Cerita Pun Agak-Agaklah" - Didakwa Jadi Punca Kemalangan Seorang Lelaki, TMJ Tampil Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...