Cham VE Dijangkiti Kuman Pada Jantung, Kini Ditahan Di PPUM

Hiburan

Cham VE Dijangkiti Kuman Pada Jantung, Kini Ditahan Di PPUM

Salah seorang anggota kumpulan VE, Cham dilaporkan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan kuman pada jantung.

Perkara itu turut dimaklumkan penyanyi Lah Ahmad di mana dia memaklumkan Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil,46, dimasukkan ke wad pada hari Ahad lalu.

Advertisement

Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham kini telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkita kuman pada jantung.

Lah juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar sahabatnya itu dikurniakan kesembuhan dan dapat menjalani rawatan tanpa sebarang komplikasi serius.

VE

Dengan rendah diri saya memohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh. Semoga urusan rawatan beliau berjalan lancar tanpa komplikasi serius.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jeslina hAshim
2024-05-20 11:35:15

"Mereka Tidaklah Begitu Bijak" - Jeslina Hashim Mohon Ning Baizura 'Delete' Komen Kebencian Untuk Hidup Tenang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram