“Mereka Tidaklah Begitu Bijak” – Jeslina Hashim Mohon Ning Baizura ‘Delete’ Komen Kebencian Untuk Hidup Tenang

Hiburan

“Mereka Tidaklah Begitu Bijak” – Jeslina Hashim Mohon Ning Baizura ‘Delete’ Komen Kebencian Untuk Hidup Tenang

Penyanyi Jeslina Hashim baru-baru ini dilihat memberi kata-kata semangat buat rakan artis, Ning Baizura gara-gara penyanyi itu dikecam setelah videonya menjadi tular di media sosial.

Pertanyaan Ning mengenai ‘Siapa Rafah’ dihentam teruk sehinggakan penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri di Instagram miliknya.

Advertisement

Dia juga menjelaskan bahawa dia antara selebriti yang aktif memberikan sumbangan buat saudara Islam di Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon dan kritikan oleh netizen dapat dirakam dan turut kelihatan rakan-rakan artis tampil memberi semangat buat penyanyi itu.

Antaranya, Fauziah Nawi, Yasmin Hani, Anuar Zain, Yuna dan ramai lagi.

Turut kelihatan memberi semangat buat Ning Baizura adalah penyanyi Jeslina Hashim yang meminta penyanyi itu memadam sahaja komen-komen negatif daripada netizen untuk ketenangan hati.

Komen jeslina

Awww babes sending you love, i just delete all the hate. The trolls will move on, they are not very smart.

Baginya, insiden yang melibatkan penyanyi itu akan terus berlaku dan perbuatan membenci ini adalah sesuatu yang kurang bijak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jeslina Hashim
3 months ago

(VIDEO) Sambut 'Bachelorette Party' Dalam Pesawat, Peminat Teruja Jeslina Hashim Bakal Bernikah Dengan Kerabat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...