Salah seorang anggota kumpulan VE, Cham dilaporkan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan kuman pada jantung.
Perkara itu turut dimaklumkan penyanyi Lah Ahmad di mana dia memaklumkan Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil,46, dimasukkan ke wad pada hari Ahad lalu.
Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham kini telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkita kuman pada jantung.
Lah juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar sahabatnya itu dikurniakan kesembuhan dan dapat menjalani rawatan tanpa sebarang komplikasi serius.
Dengan rendah diri saya memohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh. Semoga urusan rawatan beliau berjalan lancar tanpa komplikasi serius.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.