Sejak beberapa hari lepas, namanya menjadi sebutan selepas berjaya mengharumkan nama Malaysia dan mencipta sejarah tersendiri.
Ini cerita tentang anak muda yang patut dijadikan contoh dan dibanggakan, Nusaybah.
Siapa Nusaybah?
Nusaybah berusia 24 tahun ini merupakan penuntut jurusan Bachelor International Relations and Affairs, School of Foreign Services di Universiti Georgetown, Qatar.
Anak muda ini juga adalah anak sulung kepada bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat yang merupakan seorang pensyarah.
Cipta sejarah dan harumkan nama negara
Masakan tidak nama Nusaybah menjadi sebutan sejak beberapa hari yang lalu, dia telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul enam anugerah di universiti tersebut.
Ini adalah antara pencapaian Nusaybah:
- Anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang)
- Anugerah Pingat Dekan
- Tesis Terbaik
- Anugerah Pelajar Paling Cemerlang (pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa)
- Meraih purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 bagi keseluruhan semester
Bukan itu sahaja, ia menjadikan Nusaybah satu-satunya mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang mendapat anugerah seumpama itu.
Agong ucap tahniah
Sudah tentu kejayaan ini membuatkan ramai berasa bangga dan tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan tahniah masing-masing.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepadanya menerusi kenyataan di Facebook.
Ianya juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.”
Baginda turut berharap kecemerlangan Nusaybah ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat terutamanya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam bidang masing-masing.