4 Tahun Pasang Impian, Sofyank Akhirnya Kolaborasi Dengan Zach King Dalam Video VFX Terbaru – “Malaysia Bangga!”

Hiburan

4 Tahun Pasang Impian, Sofyank Akhirnya Kolaborasi Dengan Zach King Dalam Video VFX Terbaru – “Malaysia Bangga!”

Sofyank merupakan antara bakat besar yang Malaysia ada dan kehebatannya dalam menghasilkan video kesan visual membuatkan ramai terpukau.

Setiap kali ada video terbaru daripada pemuda berasal dari Kelantan ini, pasti ramai yang bersemangat untuk tonton kerana boleh dikatakan Sofyank jarang mengecewakan.

Advertisement

Baru-baru ini, Sofyank telah memenangi Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat anjuran artis VFX terkenal, Zach King yang juga merupakan idolanya.

Terbaru, Sofyank sekali lagi memberikan kejutan dan membanggakan rakyat Malaysia selepas tampil dengan video kesan visual terbaru hasil kolaborasi dengan Zach King.

Hantaran itu dipenuhi komen-komen positif daripada rakyat Malaysia yang bangga dengan pencapaian Sofyank sejak dia bermula dalam bidang ini pada 2015.

Ini bukanlah kali pertama Sofyank membanggakan kita kerana sebelum ini dia pernah menghasilkan video VFX menampilkan selebriti antarabangsa seperti Paul Rudd dan Ryan Reynolds.

Namun, kali ini ia lebih mengujakan kerana dia berjaya memenangi pertandingan tersebut dan akhirnya tampil dalam video kolaborasi bersama idolanya, Zach King.

2022-03-25 10:57:34

"Ini Yang Sepatutnya TV AlHijrah Jemput" - Netizen Terpukau Sofyank Dapat 'Collab' Dengan Ryan Reynolds!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram