“Ini Yang Sepatutnya TV AlHijrah Jemput” – Netizen Terpukau Sofyank Dapat ‘Collab’ Dengan Ryan Reynolds!

Hiburan

“Ini Yang Sepatutnya TV AlHijrah Jemput” – Netizen Terpukau Sofyank Dapat ‘Collab’ Dengan Ryan Reynolds!

Sebelum ini, Sofyank yang dikenali dengan suntingan video yang ‘power’ telah bekerjasama dengan beberapa nama besar dari Hollywood seperti Zach King, Will Smith dan John Cena.

Terbaru, anak kelahiran Kelantan itu sekali lagi buat ramai netizen terpukau kerana dapat ‘collab’ dengan seorang lagi nama hebat dari Hollywood.

Advertisement

Bukan calang-calang selebriti, semalam Sofyank mendedahkan bahawa dia telah merakamkan video dan bekerjasama dengan pelakon, Ryan Reynolds!

Terdahulu, menerusi Instagram dia ada memuat naik video ‘teaser’ namun tidak menunjukkan muka pelakon itu.

 

Nampaknya memang ramai dapat teka dengan betul bahawa individu di dalam video berkenaan merupakan pelakon Deadpool itu.

Netizen memuji anak muda ini dengan pencapaiannya dan berpendapat individu sepertinya wajar dijadikan inspirasi.

Seorang individu di Twitter berkata, Sofyank adalah contoh yang boleh dijemput oleh stesen TV AlHijrah yang tular baru-baru ini kerana menjemput ‘kak long’ menjadi tetamu jemputan.

Sofyank bekerjasama dengan Ryan menerusi satu video yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dipercayai sempena dengan siri Netflix terbaru lakonannya, The Adam’s Project.

Jika ada tidak tahu atau tidak pernah tonton video suntingan Sofyank, boleh ke Instagram dan lihat hasil kerja memukau daripada pemuda berusia 26 tahun ini.

parodi sofyank
3 years ago

Squid Game Versi Sofyank Lebih Seram Dan Mendebarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...