Di kala artis lain mengambil langkah selamat dengan berdiam diri daripada memberikan sebarang komen tentang kenyataan Abby Abadi, Umie Aida meluahkan isi hatinya menerusi Twitter sebentar tadi. Apabila ditanya pendapatnya mengenai isu ini, Umie Aida menyatakan yang pemikiran Abby Abadi sangat cetek kerana membuat komen sebegitu.
Abby Abadi yang membaca tulisan Umie Aida memberikan respon dengan menyatakan yang dia menyayangi rakan-rakannya termasuk Umie Aida. Bagi Abby, umat Islam sekarang sudah jauh sangat tersasar.
Umie Aida kemudiannya membalas dengan memohon Abby tidak menggunakan saluran politik untuk membuat kenyataan sebegini.
Sekarang ini di Twitter pun sedang kecoh dengan ada sesetengah pihak yang menyokong dan membantah cara Abby Abadi meluahkan kata-katanya. Ada yang berpendapat Abby harus memenuhkan ilmu di dada terlebih dahulu sebelum berdakwah. Ada yang bersetuju kerana percaya perlu ada insan yang berani bercakap seperti Abby Abadi. Apa pula pendapat anda?