“Cepat Ucap Terima Kasih Kat Suami Memasing” – Nad Zainal Terharu Engku Ismail Rajin Tolong Uruskan Anak

Hiburan

“Cepat Ucap Terima Kasih Kat Suami Memasing” – Nad Zainal Terharu Engku Ismail Rajin Tolong Uruskan Anak

Pelakon Nad Zainal hari ini mencuri tumpuan peminat apabila dia ada memuat naik satu hantaran penghargaan buat suami tersayang, Ungku Ismail di TikTok.

Dalam hantaran tersebut, Nad Zainal mengucapkan terima kasih buat Ungku Ismail kerana telah membantu meringankan beban para isteri.

Advertisement

Tulisnya lagi, kadangkala si isteri terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memberikan layanan yang baik buat anak dan isteri.

Terima kasih..terima kasih..kadangkala kita lupa nak berterima kasih kepada para suami yang memberikan layanan yang baik pada anak dan isteri.

Terima kasih kepada suami dan bapa yang ringan tulang, dan sentiasa memberikan semangat buat isteri mereka dalam menempuh hari-hari yang memenatkan.

Dia dalam pada itu turut meminta peminat di luar sana terutamanya wanita bergelar isteri agar mengucapkan kata penghargaan itu kepada suami masing-masing.

Cepat ucap terima kasih dekat suami masing-masing.

Nad Zainal dan Ungku Ismail yang juga seorang pelakon telah berkahwin pada 23 Januari lalu dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 14 Oktober.

Aktres itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fasha sandha bodoh
1 year ago

"Kalau Bodoh Jangan Tunjuk, Bengap" - Fasha Sandha Terguris Hati Baca Komen Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...