“Kalau Bodoh Jangan Tunjuk, Bengap” – Fasha Sandha Terguris Hati Baca Komen Netizen

Hiburan

“Kalau Bodoh Jangan Tunjuk, Bengap” – Fasha Sandha Terguris Hati Baca Komen Netizen

Fasha Sandha mengakui dirinya terguris dan sedih apabila dicop bodoh dan bengap gara-gara dia tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai peperangan di Gaza, Palestin pada ketika ini.

Kata Fasha, dia dilabel tidak prihatin dan bodoh hanya disebabkan isu tersebut sebaliknya giat mempromosikan produk di media sosial miliknya.

Advertisement
bodoh fashaSumber : Instagram  

Ni lagi seorang lagi tak peka dengan dunia yang berdukacita dengan Palestin dan Gaza. Kalau bodoh tu jangan tunjuk, bengap.

Maklum mengenai kecaman yang diterimanya itu, Fasha menjelaskan bahawa dia turut berdukacita, mendoakan dan menitipkan bantuan meskipun tidak pernah memuat naik sebarang hantaran mengenai konflik itu.

Apabila saya buat posting berkenaan kerja saya untuk produk bukan bererti saya tidak berduka cita dan peka terhadap isu Palestin serta Gaza.

Walaupun saya ini jenis kalis kecaman, ada juga sedikit rasa terguris.

Ujarnya lagi, hidup perlu diteruskan, sama juga seperti rancangan nyanyian dan hiburan di televisyen juga tetap diteruskan meskipun semua sedang berduka.

Terdahulu, nama Fasha dan suami, Aidil Aziz kerap meniti di bibir netizen gara-gara perkongsian media sosial yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datin patimah yusof haslam
6 months ago

Habis Isu 'Menantu Tak Berdaftar', Ibu Syamsul Berdoa - "Lindungilah Anak-Anak Kami Daripada.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...