Kejam dan menjijikkan! Seorang lelaki telah ditahan pihak polis setelah disyaki membunuh seorang wanita yang merupakan bekas kekasihnya.
Bukan saja bunuh, malah dipercayai suspek juga sempat melakukan hubungan seks dengan mayat wanita terbabit sebelum membuangnya di dalam sawah.
Difahamkan dari laporan Tribunnews, mayat wanita tersebut dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian serta berlumpur yang dijumpai oleh seorang pesawah yang lalui kawasan berkenaan.
Hasil dari bedah siasat, wanita tersebut maut kerana dibunuh memandangkan banyak kesan luka pada tubuh badannya serta di bahagian kepala.
Belum sampai 24 jam mayat tersebut dijumpai, pihak polis berjaya memberkas suspek, Ade Saputra yang dipercayai adalah dalang disebalik pembunuhan itu.
Sewaktu mencari bukti di rumah suspek, pihak polis menjumpai telefon bimbit mangsa dan niatnya membunuh kerana cemburu melihat bekas kekasih bertunang dengan lelaki lain.
Melalui pengakuan suspek, dia telah memukul mata dan memijak leher mangsa hingga tidak bernyawa. Bahkan sanggup buat perbuatan jijik iaitu melakukan hubungan intim dengan mayat itu sebelum nekad membuangnya.