Catcha Digital Berhad & Framemotion Studio Umum Kini Bekerjasama

Berita

Catcha Digital Berhad & Framemotion Studio Umum Kini Bekerjasama

Hari ini, 28 Februari 2024, Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) dan Framemotion Studio (FMS) mengumumkan bahawa mereka kini berkerjasama secara strategik dengan menggabungkan iklan digital terbaik daripada Catcha Digital bersama dengan kemampuan pengeluaran berprestij tinggi dalam pengalaman digital dari FMS.

 

Advertisement

FMS pakar dalam penciptaan, reka bentuk di seluruh Asia Tenggara

jeand fms

Untuk info, FMS merupakan sebuah perundingan berintegrasi yang memenangi anugerah dan pakar dalam penciptaan, reka bentuk, dan penyampaian pengalaman digital yang mendalam di seluruh Asia Tenggara.

FMS berkhidmat untuk klien perniagaan dari pelbagai industri, termasuklah syarikat-syarikat besar seperti Gamuda, Petronas, Genting, BMW dan Pfizer.

Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Catcha Digital kerana kami dapat membuka peluang untuk pertumbuhan baharu, membolehkan kami ambil projek-projek yang lebih besar dan lebih menguntungkan lagi. – Pengasas FMS, Pua Yin Chye/Jeand

FrameMotion Studio merupakan rakan kongsi tempatan bagi pameran Van Gogh Alive Exhibition yang telah berlangsung pada 17 Disember 2022 hingga 9 April 2023, di mana lebih 300,000 pengunjung hadir ke pameran berkenaan. Sebelum pameran itu diadakan di Malaysia, Van Gogh Alive Exhibition berjaya menarik 8.5 juta pengunjung dari beberapa negara.

Bukan itu saja, malah pihak kami tidak sabar untuk menunjukkan kemampuan kami dalam animasi digital yang lebih mendalam buat klien Catcha Digital yang sedia ada. – Pengasas FMS, Pua Yin Chye.

 

Memberi peluang klien Catcha Digital menghasilkan iklan berkualiti tinggi

patrick grove catcha digital

FMS juga telah membuktikan pengalaman mereka sebelum ini menghasilkan digital yang berkualiti tinggi dan itu memberikan manfaat buat klien Catcha Digital.

Dengan menjadi rakan kongsi FMS, klien Catcha Digital kini boleh mendapat manfaat pengiklanan dalam talian ke luar talian secara bersepadu. – Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove

Dengan mempunyai pengalaman yang menakjubkan serta portfolio kerja mengagumkan, FMS juga diiktiraf di seluruh Asia Tenggara sebagai pemimpin dalam bidang mereka.

Kami percaya Jeand dan pasukannya bakal menghasilkan kerja luar biasa dan ini memberi keuntungan untuk kedua-dua bisnes maju ke tahap berikutnya. – Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove

catcha digital
2 years ago

TAHNIAH! Catcha Digital Mengumumkan Pelantikan Patrick Grove Sebagai Pengerusi Baharu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...