TAHNIAH! Catcha Digital Mengumumkan Pelantikan Patrick Grove Sebagai Pengerusi Baharu.

Hiburan

TAHNIAH! Catcha Digital Mengumumkan Pelantikan Patrick Grove Sebagai Pengerusi Baharu.

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2023

Patrick, yang merupakan Pemegang Saham Utama, Pengasas Bersama dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas daripada Catcha Digital merupakan usahawan dan pelabur berpengalaman luas dalam industri media digital dan teknologi.

Advertisement

Sebagai Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Group, Patrick mendapat pengiktirafan sebagai salah satu usahawan yang terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Beliau telah mengasaskan dan mengambil alih enam perusahaan daripada syarikat permulaan (start up) sehingga IPO sepanjang lima belas tahun yang lalu.

Pencapaian ini menjadi titik tolak baginya sehingga beliau berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Global Leader of Tomorrow dan New Asian Leader daripada World Economic Forum, Young Entrepreneur of the Year daripada Australian Chamber of Commerce serta Singapore; Asia’s Best Young Entrepreneur daripada Bloomberg Business.

Patrick turut mempunyai pengalaman yang luas sebagai pengarah syarikat tersenarai dan pernah menjadi Pengerusi ASX-listed iProperty Group, yang diambil alih oleh Newscorp’s REA Group kira-kira RM2.5 billion dan ASX-listed iCar Asia yang diambil alih oleh Carsome pada harga kira-kira RM850 juta.

Dalam satu kenyataan, Patrick berkata, “Saya berbesar hati dilantik sebagai Pengerusi Catcha Digital. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan dinamik untuk mencipta kejayaan yang luar biasa dan akan berusaha untuk melakukannya bagi memacu Catcha Digital ke tahap yang luar biasa yang kami percaya dapat dicapai”.

Pelantikan Patrick adalah berikutan peletakan jawatan bekas Pengerusi Dato’ Larry Gan Nyap Liow @ Gan Nyap Liou (“Dato’ Larry”) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Lembaga Pengarah Catcha Digital berkuat kuasa mulai 1 Mac 2023.

Dalam satu kenyataan, Dato’ Larry berkata, “Mengikut amalan Kod Tadbir Urus Korporat yang mengehadkan pelantikan Pengarah Bebas lebih daripada 9 tahun, ini merupakan masa yang sangat tepat untuk saya berundur dan memberi laluan kepada pengarah seterusnya. Ia merupakan perjalanan yang hebat bersama dengan Patrick… dan saya doakan yang terbaik buat syarikat”

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Catcha Digital Berhad
Eric Tan – Ketua Pegawai Eksekutif
E-mel: [email protected]

Mengenai Catcha Digital Berhad

Catcha Digital Berhad ialah sebuah syarikat pemegang pelaburan yang berpangkalan di Malaysia, memberi tumpuan kepada operasi perniagaan dalam industri media digital, pengiklanan dan perisian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...