Terdahulu, pelakon Puteri Sarah sering ditanya mengenai perkembangan aduan yang dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Menurut laporan Harian Metro, Sarah mengakui dia masih tidak mengetahui apa status dan perkembangan aduannya itu sehingga sekarang.
Malah, pelakon berusia 36 tahun itu berharap pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab.
Saya tak tahu dan masih menunggu apa hasil siasatan pihak Jawi. Cuma, apa saya tahu mereka dah panggil wanita berkenaan untuk bantu siasatan. Selepas itu senyap dah.
Sebenarnya ini bukan kali pertama orang bertanya mengenai perkara ini. Saya pun tak tahu nak jawab apa.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi tindakan yang sepatutnya diambil.
Case closed? Hell no! Never! Lawan tetap lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tidak ditangkap. Diam bukan bermakna case closed.
Menurut Sarah, kes mahkamah tersebut masih berjalan namun mengambil masa yang sangat lama untuk dibicarakan.
Case masih berjalan, cuma ambil masa. Takpe, sikit lagi. Slowly but surely. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year. Syariah court, soon, and I’m fighting for it.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.