Untuk pengetahuan, pelakon Malaysia yang dikenali ramai iaitu Nasha Aziz memberitahu pernah suatu ketika dahulu dia melarikan diri dari melakukan sebuah iklan.
Sebab dia melarikan diri adalah kerana perlu berlakon sambil memakai bikini dalam iklan jenama antarabangsa, namun pelakon yang juga merupakan seorang model itu bertegas kerana tidak sanggup tampil berbikini.
Menurut Nasha, atas pegangan kuatnya terhadap keputusan yang dilakukan itu menjadi asbab dia diberi peluang untuk beraksi dengan pakaian yang lebih sopan bagi menjalani uji bakat.
View this post on Instagram
Sejak dari kejadian yang berlaku itu, pelakon berkenaan nekad tidak akan melanggar prinsip sendiri kerana mempercayai bakat yang dikurniakan dalam dirinya.
Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini.
Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz mengimbau semula peristiwa tersebut semasa menghadiri pertunjukan fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.