Pelakon jelita, Shima Anuar tidak gemar seandainya ada segelintir pihak yang beranggapan hidupnya mewah dan senang di atas kemampuan kewangan suaminya.
Menurut Shima, 30, semua orang mempunyai rezeki masing-masing dan menyifatkan dirinya bukanlah seperti yang disangka khalayak ramai.
Shima percaya semua orang berbeza-beza, dia sendiri ada benda-benda yang nak dibuat dan ada hasil titik peluh sendiri.
Tidaklah terlalu bergantung harap pada suami. Malahan, saya sudah biasa bekerja cari duit sendiri dan memang tidak reti duduk diam.
Pelakon drama Isteri Dalam Sangkar itu sebelum ini menjalan perniagaan makanan iaitu Laksam selain pakaian, palazzo.
Dalam pada itu, Shima mahu seimbangkan antara kerjaya seni dan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya matanya.
Info tambahan, Shima dan suami Mohd Solih Toha selamat mendirikan rumah tangga pada April 2017.
Baca: Dah Tua Bangka Masih Tak Faham Bahasa, Shima Anuar Berang Masih Ramai Tak Jaga SOP