Dah Tua Bangka Masih Tak Faham Bahasa, Shima Anuar Berang Masih Ramai Tak Jaga SOP

Hiburan

Dah Tua Bangka Masih Tak Faham Bahasa, Shima Anuar Berang Masih Ramai Tak Jaga SOP

Pelakon dan juga usahawan Shima Anuar meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir orang yang masih tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi menangani penularan virus COVID-19 dalam masyarakat.

Shima Anuar
2 years ago

Muat Naik Kit Tunjuk 'Double Line', Shima Anuar Disangka Hamil, Rupa-Rupanya...

Advertisement

Shima,29, menempelak mereka terutamanya golongan dewasa yang membawa anak-anak ke taman tema dan pusat hiburan namun tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Didakwa menganggu emosi, jelas Shima masih ada yang membuka pelitup muka dan ada juga yang meletakkaannya pada bahagian dagu sahaja.

Apa alasan anda yang sudah tua bangka tetapi masih tidak faham bahasa? Tolonglah kepada anda yang rasa tidak mampu untuk memakai pelitup muka, susah nak bernafas atau sebagainya, duduk di rumah sahaja. Jangan jadi manusia yang tidak bertanggungjawab.

Dia dalam pada itu sempat mengingatkan masyarakat di luar sana agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi SOP terutamanya setelah kerajaan telah membenarkan aktiviti merentas negeri ketika ini.

Terdahulu, menerusi laman Instagram Shima, dia difahamkan telah berkunjung ke taman tema bersama suami dan juga dua anak mereka, Marian Sophia dan Mikhael Iman.

Usahawan laksam ini juga sebelum ini telah disahkan positif COVID-19 sekitar awal tahun lalu dan telah menjalani kuarantin kendiri sebelum sembuh sepenuhnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...