Caprice Tampil Pertahan Mawar Rashid, Anggap Temubual Dijalankan Dengan Cara Teruk

Hiburan

Caprice Tampil Pertahan Mawar Rashid, Anggap Temubual Dijalankan Dengan Cara Teruk

Caprice, penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Xde Hal Bro telah tampil mempertahankan peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid yang diulit kontroversi berkaitan GST baru-baru ini. Sebelum ini, Mawar Rashid telah dikritik oleh Sharnaaz Ahmad kerana ilmu pengetahuan yang cetek. Iyerlah, maksud GST pun tak tahu. Memang agak memalukan untuk seorang rakyat Malaysia untuk tidak tahu maksud GST ketika ia begitu hangat dibincangkan seluruh negara.

mawar rashid

Advertisement

Akibat video temubual yang telah menjadi viral, nama Mawar Rashid telah menjadi sebutan banyak pihak di laman sosial. Kalau tak silap Abang Nara nama Mawar Rashid siap trending di Twitter. Itu bermakna memang ketidaktahuan Mawar tentang GST menjadi bualan satu negara. Pelbagai kritikan dilemparkan sehingga Caprice menganggap ia adalah satu bentuk buli. Kata Caprice:-

Pertama sekali, saya percaya temubual atau cabaran yang dijalankan adalah dengan cara yang teruk. Saya mencabar anda untuk pergi ke mana-mana kolej sekarang dan bertanya kepada pelajar lelaki mahupun wanita secara rawak mengenai GST sama ada mereka itu sangat cantik atau sangat hodoh.

Dia (Mawar) gagal menjawab soalan tetapi berjaya mengekalkan tahap ketenangannya. Cara pengacara bertanyakan soalan dan membuat video itu untuk ditonton secara umum adalah ke arah berlakunya siber buli. Adakah kita pernah mengambil kira implikasi terhadap mental dan emosi yang boleh berlaku kepada gadis-gadis pada masa akan datang?

mawar rashid

Abang Nara tak tahu sama ada Caprice menonton video tersebut atau tidak. Namun apa yang menjadi persoalan ialah sebelum ditanya maksud GST, Mawar Rashid dengan yakinnya menjawab telah membuat research. Siap ada pakcik lawyer terangkan kepadanya tentang GST. Tup-tup bila disuruh terangkan makna GST (Goods and Services Tax), Mawar Rashid mengaku tak tahu dan siap boleh tanya kat pengacara lagi. Hmmmm. Kalau mengaku dari awal tak tahu kan senang? Tak adalah orang nak marah sangat. Tak gitu? Mungkin video di bawah perlu ditonton oleh Caprice (sila tonton bermula minit 2:35)

Apa pula kata anda? Sumber MalaysianDigest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...