Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tempelak Mawar Rashid Tidak Tahu GST

Kami rasa umum mengetahui kes dimana seorang peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang tidak tahu maksud  Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST ).  Video tersebut menjadi viral di media sosial dan ramai mengkritik beliau mempunyai wajah yang cantik tetapi sayang tidak mempunyai pengetahuan am yang luas.

Perkara itu bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi artis yang lantang bersuara. Salah seorang daripadanya ialah Sharnaaz Ahmad yang seakan menempelak Mawar.

Advertisement

Apa yang kau orang cuba lahirkan di dalam industri? Jangan salah faham. Tapi ini agak sedih kalau bawa masuk ke dalam industri. Muka cantik tetapi pendidikan ‘out’. Belajar dulu adik, baru fikir kemasyhuran.

mawar rashid Komen Sharnaaz Ahmad itu ada betulnya. Mungkin pihak juri harus memilih calon bukan hanya kerana rupa sahaja. Walaubagaimanapun ada juga finalis Dewi Remaja sebelum ini yang  bijak orangnya seperti Rita Rudaini dan tidak lupa Neelofa yang kini sudah berjaya baik dari segi hiburan dan bisnes masing-masing. Apa pun, kalau ingin masuk apa-apa pertandingan, persiapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan dan bukannya bergantung kepada kecantikan semata-mata. Barulah ada pakej yang lengkap. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama